Working Hours Monday - Friday 08:00-16:00
Toll Free 1800.899.900

I am Usahawan

Inovasi Anjakan Minda Usahawan

Pengenalan

'IAMU' adalah satu program pembangunan keusahawanan untuk membangunkan jaringan komuniti yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan di arena perniagaan lokal dan global. Ianya bertujuan untuk meningkatkan prestasi syarikat-syarikat ke peringkat yang lebih tinggi dengan menyediakan ekosistem perniagaan yang lebih menyeluruh dan lestari

Tentang IAMU

Fungsi Program

- Menyediakan program latihan dan fasilitator untuk penerapan nilai-nilai perniagaan yang lebih strategik dan inovatif.
- Mengukuhkan jaringan perniagaan sesama sendiri dan menggalakkan usahawan berniaga secara berjemaah.
- Pemudahcara antara usahawan dengan agensi kerajaan/sektor swasta untuk peluang-peluang perniagaan, inisiatif, program dana, geran dan penyelesaian terhadap cabaran/isu semasa.
- Menjadi saluran kepada Kerajaan untuk menengahkan penambahbaikian polisi dan cadangan baru untuk menangani isu-isu semasa.

Manfaat Sertai IAMU

- Akses ke program-program pembangunan kapasiti dan kapabiliti usahawan.
- Platform “networking” yang efektif di antara industri, kementerian dan agensi kerajaan dan organisasi antarabangsa untuk tujuan koloborasi, akses pasaran dan perkongsian sumber.
- Ahli kepada komuniti digital I AM USAHAWAN di mana profail dan indeks prestasi syarikat ahli boleh digunakan oleh GLC, kementerian dan agensi untuk pencarian produk dan servis untuk tujuan pemadanan.

Kriteria Pendaftaran

- Syarikat yang berdaftar dengan SSM.
- 60% hakmilik Bumiputera.
- Ketua Pegawai Eksekutif Bumiputera.
- Minima 2 kakitangan.

Sertailah Program Kami.